Home Luar Negara PUTIN NAFI IRAN MINTA BANTUAN

PUTIN NAFI IRAN MINTA BANTUAN

473
0

MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata, Iran tidak mendapatkan sokongan ketenteraan daripada Moscow walaupun ketegangan meningkat dengan Israel, menolak tanggapan perikatan ketenteraan antara kedua-dua negara.

“Iran tidak meminta kami untuk sebarang bantuan ketenteraan,” katanya kepada eksekutif agensi berita antarabangsa semasa mesyuarat di St Petersburg.

“Walaupun ketika kami menawarkan untuk bersama-sama membangunkan sistem pertahanan udara pada masa lalu, terdapat sedikit minat dari pihak Iran,” tambahnya, lapor Anadolu Ajansi.

Memetik laporan Bernama-Anadolu menerusi Harian Metro Putin juga berkata, mencari jalan untuk menamatkan permusuhan antara Iran dan Israel akan menjadi kepentingan semua pihak.

Beliau menyatakan bahawa terdapat pilihan untuk menangani kebimbangan kedua-dua pihak, yang dikemukakan kepada rakan kongsi yang berkaitan.

Putin juga mengesahkan bahawa Rusia dan Iran menandatangani kontrak untuk membina dua unit tambahan di Loji Kuasa Nuklear Bushehr.

“Kerja sedang dijalankan. Pakar kami berada di tapak – lebih 200 orang. Kami sudah bersetuju dengan kepimpinan Israel bahawa keselamatan mereka akan terjamin,” tambahnya. – Bernama – Anadolu, HMetro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here