Home Segmen Kesihatan KURANG TIDUR JUGA PUNCA BERAT BADAN NAIK

KURANG TIDUR JUGA PUNCA BERAT BADAN NAIK

426
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Ramai beranggapan peningkatan berat badan berpunca daripada pengambilan makanan berlebihan semata-mata, namun kurang tidur juga dikenal pasti sebagai faktor utama yang sering diabaikan.

Menurut perkongsian dari laman Facebook rasmi Public Health Malaysia, kekurangan tidur boleh menyebabkan ketidakseimbangan dua hormon penting dalam badan iaitu ghrelin dan leptin.

Ghrelin adalah hormon yang merangsang rasa lapar, akan meningkat apabila seseorang tidak cukup tidur. Sebaliknya, hormon leptin yang memberi isyarat bahawa badan sudah kenyang pula menurun apabila tidur tidak mencukupi.

Apabila ghrelin naik dan leptin menurun, seseorang bukan sahaja mudah rasa lapar tetapi juga susah untuk rasa puas selepas makan

Keadaan ini menyumbang kepada pengambilan makanan secara berlebihan, terutamanya makanan tinggi gula dan lemak.

Tambahan pula, kurang tidur mengganggu kadar metabolisme badan, menyebabkan lemak disimpan lebih banyak dan kalori dibakar dengan kurang efektif.

Dalam masa yang sama, keletihan akibat kurang tidur turut menjejaskan motivasi untuk bersenam, sekaligus mengukuhkan lagi kaitan antara gangguan tidur dan peningkatan berat badan.

Public Health Malaysia mengingatkan bahawa berat badan yang meningkat tidak semestinya berpunca daripada tabiat makan semata-mata, tetapi mungkin juga kerana badan yang terlalu penat dan keliru mentafsir isyarat biologi.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here