Home Segmen Kesihatan KURANG SELESA DENGAN “GUMMY SMILE”

KURANG SELESA DENGAN “GUMMY SMILE”

175
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Senyuman adalah suatu simbol yang menarik apabila berinteraksi dengan orang ramai.

Ia secara langsung menggambarkan ungkapan kegembiraan atau keselesaan bagi individu terbabit.

Namun, bagi sesetengah orang, mungkin senyuman mereka menimbulkan kerisauan terutama mereka yang mengalami senyuman nampak gusi atau dikenali sebagai “gummy smile”.

Ia boleh menyebabkan seseorang itu kurang kenyakinan akan senyuman sendiri dan menganggu rutin harian kerana lebihan gusi yang terdedah apabila tersenyum.

Tahukah anda antara punca terjadinya gummy smile adalah pertumbuhan tulang rahang yang lebih daripada biasa, jumlah gusi yang lebih banyak menutupi gigi, atau gerakan bibir yang terlalu aktif semasa tersenyum.

Bagaimanapun, gummy smile ini boleh dijadikan kelebihan kerana tidak semua orang mengalaminya.

Senyuman nampak gusi bukan sesuatu yang kekal kerana ia boleh dirawat dengan pelbagai cara, antaranya ialah:

  1. Rawatan ortodontik: seseorang yang mengalami gummy smile boleh melakukan rawatan dengan memakai pendakap gigi atau braces untuk mengubah posisi gigi dan garis gusi.
  2. Pembedahan gusi: rawatan pembedahan gusi boleh dilakukan untuk mengurangkan jumlah gusi yang terdedah. Secara umum, gummy smile ini berlaku pada gigi depan atas sehingga mempengaruhi penampilan seseorang.

Oleh sebab itu, melalui rawatan tersebut, anda tidak perlu berasa ragu untuk mendapatkan bantuan daripada doktor gigi yang tepat bagi mendapatkan kepuasan dalam senyuman.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here