Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Masalah kulit wajah adalah suatu yang normal, tidak kira untuk wanita mahupun lelaki.
Mungkin ada dalam kalangan kita kurang memberi perhatian kepada kulit wajah yang kering dan kusam sehingga menyebabkan pengelupasan.
Jom kita baca artikel ini.
Apa maksud dan kesan kulit muka mengelupas?
Untuk pengetahuan, pengelupasan kulit itu adalah masalah umum yang mungkin boleh terjadi di mana-mana bahagian kulit tubuh badan termasuk juga pada wajah individu.
Khususnya pada wajah, masalah ini akan menyebabkan kulit anda seakan terkopek atau tertanggal daripada kawasan yang terkesan1 sekali gus mengakibatkan penampilan diri turut terjejas.
Dalam pada itu, keadaan itu juga disebut facial skin peeling ini boleh mendatangkan kesan buruk lain seperti kemerahan, kegatalan, kesakitan dan keradangan yang perlu dirujuk kepada pakar.
Sekiranya kulit muka mengelupas akibat kering dibiarkan tanpa rawatan lanjut, tahap keselesaan dan keyakinan diri individu itu sudah pasti akan menurun lantas membawa kepada implikasi kesihatan lain.
Mesti ada dalam kalangan kita ingin mengetahui apa punca kulit mengelupas. Terdapat punca utama yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku antaranya:
1. Dehidrasi
2. Kulit muka kering dan gatal
3. Penggunaan produk yang tidak sesuai
4. Pendedahan kepada sinar matahari
5. Hipotiroidisme – Hipotiroidisme merupakan kondisi di mana kelenjar tiroid anda hilang upaya untuk menghasilkan hormon tiroid yang cukup. Ini sekali gus akan menjejaskan proses metabolisme tubuh badan.
6. Pelbagai masalah kulit yang lain
Beberapa keadaan kesihatan kulit di bawah ini turut boleh menjadi punca kulit wajah mengelupas:
- Ekzema – Kondisi ini akan menyebabkan kulit anda mengelupas, merah dan gatal serta mungkin mengeluarkan nanah atau cecair
- Rosacea – Kondisi ini pula mengakibatkan kulit anda mengelupas, merah, gatal dan berbenjol akibat daripada sensitiviti keterlaluan
- Alergi – Selain produk, alahan dengan bahan seperti besi, logam, plastik dan lain-lain juga boleh membawa kepada masalah kulit yang mengelupas
Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sesuai dengan tahap kulit wajah anda.
Imedikel TV






