Home Segmen Kesihatan KUKU PANJANG MUDAH ROSAK

KUKU PANJANG MUDAH ROSAK

202
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Kuku panjang adalah satu bentuk ekpsresi kecantikan juga sebagai senjata  bagi sesetengah wanita.

Tetapi, kita perlu tahu, kuku panjang sememangnya mengundang pelbagai masalah dan penyakit.

Tiada istilah mempunyai kuku panjang akan kelihatan lebih cantik melainkan memberi pelbagai kesan yang tidak elok

Antara kesan mereka yang gemar meyimpan kuku panjang adalah tempat pembiakan bakteria.

Jika seseorang mempunyai kuku yang panjang, bakteria dengan mudah berada dicelah kuku panjang jika tidak dibersihkan dengan baik.

Selain itu, kuku yang terlalu panjang atau jika kurang terawat akan menjadi rapuh dan mudah patah.

Bagi mereka yang mempunyai kuku panjang akan membataskan mereka daripada membuat aktiviti seharian termasuk memasak, bersenam dan lain-lain.

Bukan itu sahaja, kuku yang panjang juga boleh menyebabkan kecederaan kepada diri sendiri termasuk goresan pada permukaan kulit.

Selain itu hentikan kebiasaan menggigit kuku agar bakteri tidak mudah masuk ke dalam tubuh.

Bagaimanapun, bagi mereka yang menitikberatkan soal penjagaan kuku, tidak semestinya menyimpan kuku panjang sahaja kelihatan cantik, malah kuku pendek juga lebih menarik jika dijaga rapi.

Cara mudah rawat kuku rosak

1.Rendam kuku dalam minyak zaitun. Hasil rawatan rumah ini bukan hanya murah tetapi dapat membantu memperkuat kuku rosak.

2. Elakkan penanggal pewarna kuku.

3.Makan makanan kaya biotin

4.Pastikan kuku anda tidak terkena air

5.Minum banyak air.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here