Home Buletin Semasa KPT KESAN PELAJAR MALAYSIA DI LA

KPT KESAN PELAJAR MALAYSIA DI LA

178
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa memantau perkembangan terkini di Los Angeles dan telah melaksanakan inisiatif pengesanan pelajar susulan kejadian tragik yang melanda negara itu.

Menurut kenyataan media hari ini, sehingga kini, pelajar yang terkesan adalah seramai 14 orang daripada University of California, Los Angeles (UCLA) kerana berhampiran dengan lokasi kejadian tersebut.

“Setakat hari ini, keadaan para pelajar dalam keadaan baik dan pelajar akan terus berada di kediaman masing-masing sehingga arahan terbaharu diterima.

“Sehubungan dengan itu, KPT ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan sistem pembangunan data yang telah disediakan melalui sistem MyData@EducationMalaysia4U. Pelajar amat digalakkan untuk mengemaskini butiran diri dan pengajian pelajar ke dalam portal rasmi Kementerian ini bagi tujuan capaian maklumat data yang tepat,”menurut kenyataan itu.

KPT melalui Kementerian Luar Negara (KLN) sentiasa mengikuti rapat perkembangan situasi di luar negara terutamanya yang melibatkan penempatan pelajar Malaysia di negara-negara yang sedang bergolak dengan situasi kecemasan seperti rusuhan, peperangan dan bencana alam.

Kementerian juga mengambil maklum akan bencana yang menimpa Los Angeles sehingga menyebabkan pengisytiharan “State of Emergency” oleh Mayor Los Angeles, Karen Bass akibat kejadian Palisades Fire dan Windstorm.

Presiden Amerika Syarikat, President Biden juga mengumumkan bantuan Fire Management Assistance Grant untuk membantu memulihkan keadaan.

Sekiranya berlaku sebarang insiden, sila berhubung dengan pejabat Education Malaysia Los Angeles di maklumat perhubungan melalui Pegawai: Atase Pendidikan Education Malaysia Los Angeles No. Telefon: +1 (626) 879-4923 Emel: emla@mohe.gov.my.

Sebarang perkembangan lanjut akan dikemaskini dari masa ke semasa.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here