Home Buletin Semasa KPM UCAP TAKZIAH, TUBUH JAWATANKUASA KHAS SIASAT KES MURID DITIKAM DI SELANGOR

KPM UCAP TAKZIAH, TUBUH JAWATANKUASA KHAS SIASAT KES MURID DITIKAM DI SELANGOR

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga murid yang meninggal dunia akibat ditikam di sebuah sekolah di Selangor, hari ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dalam satu kenyataan media semalam memaklumkan KPM amat berdukacita dengan kejadian tersebut dan mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kekuatan serta kesabaran dalam menghadapi ujian berat ini.

“KPM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga murid yang meninggal dunia kerana ditikam di sebuah sekolah di Selangor pada hari ini.

“Semoga keluarga diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Fadhlina, sebuah jawatankuasa khas sudah ditubuhkan bagi memastikan semua aspek berkaitan kes itu disiasat secara tuntas, telus dan adil.

Katanya, kes tersebut kini dalam siasatan pihak berkuasa dan suspek sudah ditahan pihak polis.

KPM turut memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh dalam proses siasatan yang sedang dijalankan.

Dalam masa yang sama, pasukan kaunselor serta Guru Bimbingan dan Kaunseling sudah digerakkan bagi melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah yang terlibat.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here