Home Buletin Semasa KPDN KESAN PENIAGA SALAH GUNA GAS LPG SUBSIDI

KPDN KESAN PENIAGA SALAH GUNA GAS LPG SUBSIDI

327
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesan terdapat peniaga membeli silinder gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi dalam kuantiti yang banyak.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata pihak terbabit bukan sahaja membeli untuk kegunaan sendiri tetapi didapati ada dalam kalangan mereka menjual gas LPG tersebut kepada pihak industri.

“Ada dalam kalangan mereka membeli gas LPG bersubsidi dalam kuantiti yang besar. Sebahagiannya mereka guna untuk perniagaan sendiri dan sebahagian pula dijual kepada pihak lain.

“Mereka lakukan pemindahan (decanting) kepada tong gas industri dan dijual kepada pihak industri dengan harga lebih rendah berbanding RM70 satu tong gas,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media Sesi Libat Urus Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) Pindaan 2021 bersama Persatuan Peniaga Makanan Kelantan, di sini, hari ini.

Beliau berkata kegiatan itu disifatkan sebagai serius kerana ia berlaku di seluruh negara.

Jelasnya sebelum ini tiada mekanisma kawalan untuk membolehkan peniaga mengawal pembelian mereka.

“Tetapi kita inginkan mekanisma kawalan sekurang-kurangnya kita boleh semak pembelian. Sebagai contoh dalam satu bulan berapa tong gas LPG yang mereka gunakan. Dengan adanya mekanisma kawalan kita ada rekod tersebut,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here