Home Buletin Semasa “KORE NYO” ALAT TRADISIONAL KELATE PATUT DIKEKALKAN

“KORE NYO” ALAT TRADISIONAL KELATE PATUT DIKEKALKAN

624
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

PASIR MAS: Kukur kelapa atau lebih dikenali ‘kore nyor’ adalah alat tradisonal yang menjadi tradisi nenek moyang untuk aktiviti memarut kelapa di Kelantan.

Kukur kelapa makin kurang digunakan oleh masyarakat sekarang ekoran penggunaan mesin yang lebih mudah dan menjimatkan masa.

Seorang suri rumah yang masih lagi menggunakan kukur kelapa di rumahnya kini bergelar juara kukur kelapa.

Team I Medikel TV berkesempatan membuat tinjauan dan menemu bual seorang suri rumah di pasir mas, baru-baru ini.

Seorang suri rumah Siti Hanisah Yusof, 55, dari Kg. Kubang Bunut, di sini, berkata dia telah menjuarai pertandingan kukur kelapa sebanyak 10 kali dalam acara sukan rakyat sebelum ini.

“Kalau time api tak ada gak gunanya, kalau time tak ada api la mugo nak mesin tak boleh kan,” katanya.

Hanisah berkata dengan adanya kukur kelapa, dia masih boleh memperoleh santan walaupun tiada elektrik di rumahnya.

Katanya, dengan kemahiran itu dia boleh memarut sebiji kelapa selama satu minit sahaja.

Hanisah mula belajar menggunakan kukur kelapa itu sejak berusia 12 tahun lagi.

“Mula-mula kita kukur nyor dia jadi kasar la sikit, mula-mula ni kan lepas tu halus la, hasil kelapa yang diparut pada awalnya menjadi kasar kerana mata pada kukur kelapa yang tajam namun lama-kelamaan ia akan menjadi halus,” katanya.

Kukur kelapa itu boleh menjimatkan penggunaan elektrik berbanding mesin parut kelapa.

Katanya remaja sekarang tidak diperkenalakan dengan alat tradisional itu kerana kelapa parut dan santan senang dibeli di merata tempat.

“Seeloknya, kita kena perkenalkan alat tradisional ini kepada anak-anak kecik dari awal. Kena kekalkan penggunaan sebab ramai buda-budak sekarang tak kenal alat tradisional ni,” katanya mengakhiri perbualan.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here