Home Luar Negara KONFLIK KASHMIR MAKIN PANAS, 26 MAUT DI PAKISTAN, 8 MAUT DI INDIA

KONFLIK KASHMIR MAKIN PANAS, 26 MAUT DI PAKISTAN, 8 MAUT DI INDIA

217
0

MUZAFFARABAD, Pakistan: India dan Pakistan bertukar tembakan artileri di sepanjang sempadan yang dipertikaikan pada Rabu.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, ia selepas New Delhi melancarkan serangan peluru berpandu maut ke atas musuh ketatnya dalam keganasan paling teruk antara negara jiran bersenjata nuklear itu dalam dua dekad.

Islamabad melaporkan 26 orang awam terbunuh susulan serangan India dan tembakan di sepanjang sempadan, manakala New Delhi berkata, sekurang-kurangnya lapan terbunuh kerana tembakan dilepaskan Pakistan.

India berkata, ia melakukan “serangan tepat di kem pengganas” di sembilan tapak di Kashmir yang ditadbir Pakistan, dan di negeri Punjab.

Ia beberapa hari selepas India menyalahkan Islamabad kerana menyokong serangan maut di bahagian yang dikendalikan India di Kashmir.

Tentera India berkata, “keadilan ditegakkan”, dengan New Delhi menambah bahawa tindakannya “tertumpu, diukur dan tidak bersifat mahu meningkatkan ketegangan.”

Menteri Pertahanan Pakistan Khawaja Muhammad Asif menuduh Perdana Menteri India, Narendra Modi melancarkan serangan untuk “meningkatkan” populariti domestiknya, tetapi mengatakan bahawa Islamabad sudah menyerang balik.

“Tindakan balas sudah bermula”, Asif memberitahu AFP.

“Kami tidak akan mengambil masa yang lama untuk bertindak balas.”

Islamabad berkata, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun antara lapan orang awam yang terbunuh dalam serangan itu.

Di Muzaffarabad, bandar utama Kashmir yang ditadbir Pakistan, tentera mengepung jalan-jalan di sekitar masjid yang dikatakan oleh Islamabad, diserang dengan kesan letupan juga kelihatan di dinding beberapa rumah.

Tidak lama selepas itu, tentera India menuduh Pakistan “secara sembarangan” melepaskan tembakan merentasi Garisan Kawalan (LoC), sempadan de facto di Kashmir.

Sekurang-kurangnya lapan warga India terbunuh dan 29 yang lain cedera di bandar India, Poonch, kata pegawai pendapatan tempatan Azhar Majid kepada AFP dari hospital bandar itu.

India secara meluas dijangka bertindak balas secara ketenteraan susulan serangan 22 April ke atas pelancong di Kashmir yang ditadbir India.

Serangan itu didakwa dilakukan lelaki bersenjata yang dikatakan daripada kumpulan Lashkar-e-Taiba yang berpangkalan di Pakistan, yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai pertubuhan pengganas.

Serangan di kawasan tumpuan pelancong Pahalgam itu menyebabkan 26 orang maut, kebanyakannya lelaki Hindu. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here