LIVERPOOL: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menganggap pesaingnya di Manchester City, Pep Guardiola sebagai pengurus paling hebat sepanjang hidupnya.
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Kedua-dua pasukan akan bertembung di Anfield esok dengan pemenang bakal menerajui Liga Perdana Inggeris ketika saingan berbaki 10 perlawanan.
Arsenal turut bersaing merebut kejuaraan dan berharap akan terus mengekori rapat kedua-dua pasukan teratas itu.
City dan Liverpool bertembung beberapa kali sepanjang era Guardiola dan Klopp, dengan penyokong kedua-dua pasukan turut bergasak di luar stadium. Namun Klopp tidak menganggap Guardiola sebagai seterunya, malah memuji pengendali City itu.
“Dia pengendali terbaik di dunia. (City) mempunyai pemain-pemain hebat. Mungkin nombor sembilan (Erling Haaland) terbaik. Kevin De Bruyne akan diingati dalam sejarah sebagai, “Adakah ia Steven Gerrard atau Kevin De Bruyne?’.
“Cara (Guardiola) mempengaruhi bola sepak. Memenangi sejumlah trofi tetapi apabila anda melihatnya, dia seperti belum pernah memenangi apa-apa. Keinginannya sentiasa tinggi.
“Saya lihat kecemerlangan. Itulah Pep. Sepanjang hidup saya, dia adalah pengurus yang mengagumkan.
“Saya tidak pernah kecewa (apabila orang mengatakan Guardiola pengurus lebih baik). Saya kenal sekitar 3,000 pemain bola sepak yang lebih baik daripada saya tetapi saya masih mencintai sukan ini.
“Dia menjadikan saya pengurus lebih baik. Saya tahu saya juga bagus dengan apa yang saya lakukan. Saya juga tidak kurang hebatnya tetapi dia adalah yang terbaik,” kata Klopp. – AGENSI
Imedikel TV






