Home Sukan JOSHUA MUDAH TUMBANGKAN BEKAS JUARA UFC

JOSHUA MUDAH TUMBANGKAN BEKAS JUARA UFC

RIYADH: Juara dunia dua kali, Anthony Joshua menumbangkan bintang UFC, Francis Ngannou di pusingan kedua dalam pertembungan tinju heavyweight sebentar tadi.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Tumbukan padu Joshua berjaya menjatuhkan Ngannou di pusingan pertama dan dua kali lagi di pusingan kedua.

Ngannou, 37, bekas juara heavyweight UFC, bertarung kali kedua dalam perlawanan tinju profesional selepas tewas kepada Tyson Fury pada Oktober.

https://twitter.com/i/status/1766263341561889230

“Saya rasa pertarungan ini bagus untuk siaran. Apabila saya melihat pertarungan dengan Tyson Fury, saya terfikir, ‘saya mahukan’. Dia juara hebat dan ia tidak akan menjejaskan kehebatannya.
“Saya beritahu (Ngannou) untuk tidak meninggalkan tinju. Dia baru bertarung dua kali dan menentang petinju hebat,” kata Joshua.

Joshua, bekas juara heavyweight WBO, WBA dan IBF, menang tiga pertarungan berturut-turut sebelum menentang Ngannou. – AFP-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here