Home Sukan KLOPP AKUI DEBARAN SEMAKIN KUAT

KLOPP AKUI DEBARAN SEMAKIN KUAT

134
0

LIVERPOOL: Jurgen Klopp menegaskan, Liverpool kendaliannya perlu kekal positif jika mereka mahu memenangi Liga Perdana Inggeris musim ini.

The Reds kini mendahului liga dengan kelebihan dua mata selepas pesaing terdekat, Arsenal dan Manchester City seri 0-0 di Stadium Etihad.

Dengan saingan liga hanya berbaki sembilan perlawanan untuk tiga pesaing kejuaraan itu, Klopp berkata pasukannya perlu berfikiran positif jika mahu menjulang trofi berkenaan musim ini.

Sebelum perlawanan City dan Arsenal, Liverpool terlebih dahulu beraksi menentang Brighton dan mengutip tiga mata untuk memintas The Gunners.

Danny Welbeck meletakkan Brighton di depan dalam aksi di Anfield, tetapi Luis Diaz dan Mohamed Salah memastikan kemenangan 2-1 buat tuan rumah.

“Kami perlu mengharunginya dan memutuskan sama ada kami menikmatinya atau tidak. Ia pasti sukar, mendebarkan, sama ada anda menontonnya atau bermain di dalamnya.

“Tetapi kami semua menikmatinya, dan kami mempunyai peluang. Jika tidak, peluang masih ada tetapi sedikit sukar. Sebab itu kami perlu kekal positif dalam semua keadaan.

“Situasi sekarang sangat menarik, dua lagi pasukan turut memburu hadiah terbesar bola sepak Inggeris dan kita lihat bagaimana ia berakhir,” kata Klopp.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu akan berdepan Sheffield United di Anfield pada Khamis. – AGENSI,BH Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here