MANCHESTER: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City menandatangani bek tengah Uzbekistan, Abdukodir Khusanov dari kelab Ligue 1, Lens untuk kontrak empat tahun setengah.
Media British melaporkan, City membayar sejumlah 40 juta euro (RM187.31 juta) untuk pemain 20 tahun itu, yang beraksi dalam 13 daripada 16 aksi liga Lens musim ini.
“Untuk seorang pertahanan muda, Abdukodir cukup cerdas, kuat, agresif dan sangat pantas,” kata kelab Liga Perdana Inggeris itu dalam satu kenyataan.
Bek tengah itu adalah pemain Uzbekistan pertama di Liga Perdana Inggeris. Musim ini lariannya mencecah 37 kilometer sejam, hampir menyamai kelajuan purata Usain Bolt ketika mencatat rekod dunia 100 meter (37.58kmj).
Khusanov menyertai Lens dari kelab Belarus, Energetik-BGU Minsk pada tahun 2023, bermain 31 perlawanan untuk kelab Perancis itu dalam semua pertandingan.
Dia akan menyarung jersi bernombor 45, seperti yang dipakainya ketika mewakili kelab Belarus berkenaan. – REUTERS, BH Online –
IMedikel TV






