Home Buletin Semasa FACEBOOK, WHATSAPP LUBUK SCAMMER

FACEBOOK, WHATSAPP LUBUK SCAMMER

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Terdapat pelbagai medium yang digunakan “scammer” untuk memerangkap mangsa terutamanya melalui media sosial Facebook dan Whatsapp.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, dua aplikasi media sosial itu antara yang paling kerap digunakan mereka selain Telegram dan TikTok.

“Rata-rata platform yang paling ramai pengguna di negara ini adalah Facebook, Whatsapp, Telegram dan Tiktok adalah antara platform yang kerap digunakan.

“Mereka (penjenayah) melihat ramai mangsa yang mudah ditipu melalui media sosial Facebook.

“Setakat 2023 kira-kira RM500,000 kerugian yang dialami oleh mangsa penipuan hanya melalui media sosial Facebook dan kemungkinan jumlah itu lebih besar jika membabitkan media sosial lain,”katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Program Ihsan Komuniti Madani, di Kampung Baru Nelayan, di sini, pada Isnin.

Fahmi berkata beberapa langkah sudah diambil pihaknya termasuk melesenkan platform media sosial serta membuat pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia untuk menangani jenayah siber.

“Beberapa tindakan sudah diambil untuk melesenkan platform media sosial dengan meletakkan beberapa perkara termasuk memberi takrif kepada jenayah scam pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia yang sudah diluluskan di Dewan Rakyat,”katanya.

Justeru, pihaknya memohon satu kempen besar-besaran bagi meningkatkan kesedaran terhadap jenayah scam.

“Kita akan bermula dengan menyantuni sekolah untuk memberikan penjelasan dan kesedaran dalam kalangan ibu bapa, guru-guru dan murid-murid berusia bawah 13 tahun supaya jangan buka akaun media sosial.

“Bagi mereka yang berusia 13 tahun dan ke atas pula kita akan pastikan apakah cara terbaik untuk memanfaatkan media sosial dengan selamat untuk mengelak daripada menjadi mangsa scam dan memastikan data peribadi kekal selamat,”katanya.

Katanya kempen itu akan dijalan dalam masa terdekat ini.
“Saya telah minta Kementerian Komunikasi menyelaras dan bukan hanya dalam kalangan agensi tetapi juga dengan platform media sosial yang telah atau sedang dilesenkan,” katanya.

Katanya, menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersil terdapat 13 atau 14 bentuk scam berbeza yang berlaku dalam media sosial.

“Ada juga jenayah scam yang berlaku secara melalui panggilan telefon ataupun bersemuka. Jadi ada pelbagai bentuk, sebagai contoh di TikTok bentuk penipuan yang kerap dilakukan ialah melibatkan akaun bantuan kerajaan.

“Penjenayah meminta mangsa supaya mengisi maklumat peribadi dengan menekan link palsu seterusnya menghantar semua butiran tersebut kepada mereka. Dengan itu mereka (penjenayah) akan dapat maklumat daripada mangsa,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here