Home Buletin Semasa 264 MENARA TELEKOMUNIKASI DI KELANTAN SUDAH DIBAIK PULIH

264 MENARA TELEKOMUNIKASI DI KELANTAN SUDAH DIBAIK PULIH

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Sebanyak 264 menara telekomunikasi di negeri ini yang terjejas akibat banjir November lalu sudah dibaik pulih.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Menara tersebut sudah beroperasi dan akan ditambahbaik dari masa ke semasa.

“Saya sudah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meneliti langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah sama ada isu tenaga atau isu peralatan telekomunikasi tenggelam.

“Menara-menara seperti ini dipanggil side hardening dan mengambil beberapa tindakan dan dijangka siap sebelum bulan Oktober tahun ini yang mana kita tahu bulan Oktober adalah tempoh kesiapsiagaan dalam menempuh Monsun Timur Laut,”katanya kepada pemberita selepas meninjau menara telekomunikasi milik Advance Research Communication Sdn Bhd (ARC) yang terjejas akibat banjir baru-baru ini di Kampung Jubakar Pantai, di sini, pada Isnin.

Beliau berkata semasa banjir masalah telekomunikasi terjejas sehingga dua minggu.

“Terdapat beberapa tindakan susulan yang perlu dilakukan. Kesan daripada banjir itu kerosakan kepada tapak termasuk kawasan bahagian tanah yang mungkin perlu ada kerja-kerja tambahan. Ini akan diusahakan oleh syarikat ARC dalam tempoh yang mereka maklumkan menjelang Tahun Baru Cina akan selesai,”katanya.

Dalam pada masa sama, Fahmi meminta supaya mengadakan bengkel sebagai persediaan sekiranya perkara sama berlaku.

“Kita buat simulasi yang lebih mendalam untuk melihat tapak-tapak yang sekiranya air mencapai paras tertentu sama ada internet atau menara itu masih boleh beroperasi atau tidak.

“Harapan saya supaya pihak MCMC bersama syarikat-syarikat telekomunikasi dapat memastikan masalah seperti ini tidak lagi berlaku,”katanya.

Katanya kesan daripada kerosakan itu ia menelan kos yang tinggi untuk kerja-kerja penggantian peralatan dan penambahbaikan menara.

Tambahnya beliau meminta pihak kementerian dan MCMC untuk meneliti penyelesaian yang lebih baik.

“Kita boleh menggunakan alternatif lain seperti tenaga solar sekiranya kawasan tersebut tiada bekalan elektrik.

“Mungkin ada penyelesaian tambahan termasuk menggunakan teknologi baru yang sedang kita buat melalui projek rintis di beberapa kawasan. Jadi, secara keseluruhan kita akan teliti dalam bengkel untuk kita laksanakan dengan segera,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here