Home Luar Negara KETUA MENTERI TAMIL NADU ARAHKAN 717 KEDAI ARAK DITUTUP

KETUA MENTERI TAMIL NADU ARAHKAN 717 KEDAI ARAK DITUTUP

32
0

NEW DELHI: Memetik laporan AGENSI menerusi Harian Metro Ketua Menteri Tamil Nadu yang baharu mengangkat sumpah, C Joseph Vijay mengarahkan penutupan lebih 700 kedai arak di negeri itu, menurut satu notis kerajaan, lapor Hindustan Times.

Langkah tegas Vijay selepas beberapa hari beliau memegang jawatan, dengan mengarahkan penutupan 717 kedai arak di bawah kendalian Tamil Nadu State Marketing Corporation (TASMAC).

Arahan itu antara tindakan pertama yang dibuat Vijay, bekas pelakon yang kini bergelar ahli politik, selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, Ahad lalu.

Partinya, Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) memenangi 108 kerusi dalam pilihan raya Tamil Nadu yang baru selesai dan berjaya membentuk kerajaan dengan sokongan beberapa parti lain sehingga mencapai majoriti 118 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 234 kerusi.

Kerajaan Tamil Nadu semalam memaklumkan bahawa Vijay mengeluarkan arahan untuk menutup 717 kedai arak yang terletak dalam lingkungan 500 meter dari rumah ibadat, institusi pendidikan dan stesen bas.

Menurut kenyataan rasmi, tindakan ini diambil demi menjaga kebajikan rakyat.

Daripada jumlah itu, 276 kedai berhampiran rumah ibadat, 186 berhampiran institusi pendidikan dan 255 kedai berhampiran stesen bas yang akan ditutup dalam tempoh dua minggu akan datang.

Ketua Menteri turut mengarahkan supaya arahan ini dilaksanakan sepenuhnya dalam masa dua minggu demi kepentingan orang ramai.

Manifesto pilihan raya TVK sebelum ini turut menjanjikan usaha untuk menjadikan Tamil Nadu negeri bebas dadah. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here