Home Segmen Kesihatan KESAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR TERHADAP KESIHATAN MATA KANAK-KANAK

KESAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR TERHADAP KESIHATAN MATA KANAK-KANAK

299
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Gaya hidup kanak-kanak pada masa sekarang tidak lepas daripada penggunaan telefon pintar yang mana ia boleh menyebabkan peningkatan risiko terhadap kesihatan mata.

Mata atau pancaindera yang kerap terdedah terhadap sinaran biru ungu boleh mendatangkan kesan sampingan sekaligus bahaya terhadap kanak-kanak itu.

Ia terutamanya sinaran yang dipancarkan dari skrin digital seperti komputer, telefon bimbit, tablet serta peranti elektronik lain.

Antara kesan sampingan akibat pendedahan terhadap sinaran biru ungu adalah:

  1. Masalah mata berkaitan penggunaan telefon pintar:
  2. Sindrom Penglihatan Komputer (CVS) adalah ketegangan mata disebabkan oleh skrin.
  3. Miopia (Rabun Jauh): Penggunaan berterusan boleh meningkatkan risiko rabun jauh pada usia muda.
  4. Mata Kering: Pengurangan kadar kelip mata ketika menggunakan telefon menyebabkan mata menjadi kering.
  5. Penglihatan Kabur dan Sakit Kepala: Akibat fokus yang terlalu lama pada skrin.

Langkah-Langkah Pencegahan:

  1. Hadkan Waktu Penggunaan: Cadangan WHO untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun tidak lebih dari 1 jam sehari.
  2. Rehat Mata (Kaedah 20-20-20): Setiap 20 minit, alihkan pandangan selama 20 saat ke objek sejauh 20 kaki.
  3. Jarak dan Posisi yang Betul: Pastikan jarak mata dengan skrin adalah lebih daripada 30 cm.
  4. Cahaya dan Persekitaran yang Betul: Elakkan penggunaan telefon di bilik yang gelap.

Pendidikan kepada Ibu Bapa:

  1. Pentingnya ibu bapa memantau penggunaan telefon.
  2. Sediakan aktiviti lain yang lebih bermanfaat untuk perkembangan kanak-kanak.

Penggunaan telefon pintar secara berlebihan boleh menjejaskan kesihatan mata kanak-kanak.

Dengan pemantauan yang baik dan amalan penggunaan yang sihat, risiko ini boleh dikurangkan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here