Home Segmen Kesihatan KENALI TANDA-TANDA MENOPAUS

KENALI TANDA-TANDA MENOPAUS

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Perkara yang mengerikan bagi wanita adalah menopaus. Menopaus bukanlah sejenis penyakit. Ia merupakan sebahagian daripada proses penuaan normal bagi golongan wanita. Sesiapa yang telah melalui haid akan mengalami fasa menopaus.

Menopaus adalah keadaan di mana anda tidak lagi didatangi haid selama 12 bulan berturut-turut.

Proses ini juga dikenali sebagai ‘putus haid’ kerana ia menandakan tamatnya kitaran haid anda secara kekal dan penghujung kepada kesuburan anda. 

Biasanya menopaus bermula sekitar lingkungan umur 45 hingga 55 tahun.

Ini adalah tanda-tanda menopaus:

  • Haid tidak teratur
  • Panas badan (hot flashes)
  • Peluh malam (berpeluh malam) dan masalah tidur
  • Kekeringan faraj 
  • Sakit pada payudara
  • Kekeringan pada kulit
  • Mata kering
  • Perubahan pada rambut

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here