Home Segmen Kesihatan KENALI GEJALA HYPOGLYCEMIA

KENALI GEJALA HYPOGLYCEMIA

308
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Ada dalam kalangan individu mengalami tangan menggigil atau menggeletar. Hal itu bukan disebabkan cuaca yang sejuk mahupun penat bekerja, namun itu adalah petanda individu terbabit mempunyai paras gula yang rendah dalam badan.

Bukan itu sahaja, individu terbabit juga berasa pening, berpeluh dan berdebar-debar.

Menurut portal hellodoktor gula (glukosa) adalah sumber tenaga utama untuk otak dan tubuh. Bila glukosa terlalu rendah (hypoglycemia), otak akan mula “meragam”.

Kenapa keadaan itu boleh berlaku? Sebenarnya ia berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya:

  • Lewat makan atau langsung tidak makan.
  • Ambil ubat diabetes tapi lupa makan.
  • Bersenam berlebihan tanpa ganti tenaga.
  • Ambil minuman berkafein/kandungan alkohol berlebihan.

Ini adalah antara gejala hypoglycemia  yang dikongsikan supaya anda lebih berhati-hati dengan isyarat badan anda:

  • Menggeletar ringan ditangan
  • Rasa pening macam nak pengsan
  • Berpeluih sejuk walau dalam bilik berhawa dingin
  • Marah tiba-tiba tanpa sebab (irritability)

Kadang kita fikir emosi terganggu, padahal tubuh cuma minta sedikit tenaga. Kenali isyarat tubuh.

Sekadar peringatan, jangan sesekali skip makan pagi.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here