Home Buletin Semasa JURUJUAL PAKAIAN BEBAS TUDUHAN SEBABKAN KEMATIAN PELAJAR DUA TAHUN LEPAS

JURUJUAL PAKAIAN BEBAS TUDUHAN SEBABKAN KEMATIAN PELAJAR DUA TAHUN LEPAS

357
0

Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV

MACHANG: Seorang jurujual pakaian dibebas dan dilepaskan atas tuduhan menyebabkan kematian seorang pelajar tingkatan tiga, dua tahun lalu di Mahkamah Majistet Machang hari ini.

Tertuduh, Mohamad Zakiran Mohd Zain, 31, sebelum ini dituduh di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana disyaki memandu secara cuai di Jalan Pulai Chondong, Machang dan menyebabkan kematian seorang pembonceng motosikal, Rifqi Danish Arman Rosmaidi, 15, pelajar tingkatan tiga di salah sebuah sekolah menengah di Machang pada 6 April 2023.

Majistret Amal Razim Alias membuat keputusan, sekali gus mengetepikan hukuman penjara mandatori sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM50,000.

Dalam penghakiman ringkasnya, Amal Razim bersetuju dengan hujahan peguambela, Nik Saiful Adli Burhan dan Che Muhammad Redzuan Jihad.

Terdahulu Nik Saiful Adli menghujahkan kematian mangsa adalah disebabkan oleh sumbangan kecuaian penunggang motosikal sendiri yang menunggang secara laju dan keadaan motosikal yang tidak memiliki brek.

“Selain itu, keterangan Pegawai Perubatan sebelum ini menyatakan bahawa kecederaan utama yang menyebabkan kematian mangsa ialah kecederaan pada cervical-3 (c3) yang sepatutnya dilindungi oleh topi keledar, yang mana mangsa ketika kemalangan tidak memakai topi keledar.

“Dua elemen utama yang tidak berjaya dibuktikan oleh Pendakwa Raya iaitu elemen pemanduan berbahaya serta Pendakwa Raya gagal membuktikan bahawa tertuduh yang menyebabkan kematian mangsa,” katanya.

Di akhir kes pendakwaan, Nik Saiful Adli menghujahkan bahawa pihak polis telah gagal untuk menyiasat pemandu kenderaan kenderaan serbaguna (MPV) yang telah menghalang laluan tertuduh.

Katanya keputusan siasatan polis yang membuat ukuran jalan hanya berdasarkan anggaran, bukannya ukuran sebenar.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Akmal Mohd Bakri.

Mengikut pertuduhan, Zakiran didakwa melakukan kesalahan memandu dengan merbahaya sehingga menyebabkan kematian kepada Rifqi Danish Arman di Jalan Kampung Galang Pulai Chondong, Machang pada pukul 6.30 pagi, 6 April dua tahun lepas.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here