Home Segmen Kesihatan KEMALUAN LELAKI GATAL SEPERTI DIGIGIT SEMUT? INI PUNCANYA

KEMALUAN LELAKI GATAL SEPERTI DIGIGIT SEMUT? INI PUNCANYA

438
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Kaum lelaki mungkin pernah berdepan masalah kemaluan terasa gatal seperti digigit semut walaupun tiada serangga yang kelihatan. Pakar kesihatan menjelaskan, keadaan ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia mungkin petanda gangguan pada kulit atau kesihatan.

Menurut perkongsian portal hellodoktor, kegatalan atau pruritus boleh berlaku di mana-mana bahagian kulit termasuk kemaluan. Ia berpunca daripada pelbagai faktor antaranya iritasi, jangkitan, alergi serta masalah kesihatan tertentu.

Antara punca yang dikenal pasti termasuk gigitan serangga kecil seperti semut, nyamuk, hama atau kutu; iritasi akibat produk pencuci atau fabrik pakaian yang tidak sesuai; jangkitan mikrob seperti kulat, bakteria atau virus; serta penyakit kelamin seperti sifilis, herpes dan trikomoniasis.

Selain itu, masalah kulit seperti ekzema, dermatitis dan psoriasis juga boleh menyebabkan kegatalan jika tidak dirawat. Lebih membimbangkan, keadaan ini berisiko merebak ke bahagian tubuh lain.

Bagaimanapun faktor kebersihan turut memainkan peranan besar. Kawasan kemaluan yang lembap, tertutup dan jarang diberi perhatian mudah menjadi tempat pembiakan mikrob dan serangga kecil yang mencetuskan kegatalan.

Bagi mengelakkan masalah bertambah serius, lelaki disaran menjaga kebersihan diri, mengelak penggunaan produk yang boleh merengsakan kulit serta segera mendapatkan rawatan doktor sekiranya kegatalan berpanjangan atau disertai gejala lain.

Kegatalan pada kemaluan lelaki bukanlah isu terpencil, sebaliknya masalah umum yang boleh dicegah dan dirawat jika puncanya dikenal pasti lebih awal.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here