Home Buletin Semasa HARI POTENSI KEMAS TERENGGANU 2025: 442 KANAK-KANAK SERTAI PENCARIAN BAKAT CILIK

HARI POTENSI KEMAS TERENGGANU 2025: 442 KANAK-KANAK SERTAI PENCARIAN BAKAT CILIK

451
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA TERENGGANU: Seramai 442 kanak-kanak Tabika KEMAS dari lapan daerah di seluruh Terengganu menyertai Program Pencarian Bakat Cilik sempena Hari Potensi KEMAS Negeri Terengganu 2025.

Menurut Penolong Pengarah Kanan Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Negeri Terengganu, Norhisham Mohamad, program tahunan itu dianjurkan secara berperingkat di daerah, negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.

“Tahun ini, kita mempertandingkan lapan acara kategori indoor. Alhamdulillah, semalam dua acara sudah berlangsung dan selebihnya dilaksanakan hari ini,” katanya ketika ditemui di Program Alpha Gen Talents@KEMAS Pencarian Bakat Cilik Sempena Hari Potensi Kemas Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2025, di Taman Tamadun Islam, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden IMedikel, Hasnah Zakaria dan ahli farmasi IMedikel.

Beliau berkata dengan kerjasama IMedikel pihaknya membuka ruang kepada tambahan satu acara iaitu pertandingan mewarna yang membabitkan 50 kanak-kanak Tabika KEMAS dari seluruh negeri.

“Bagi pihak KEMAS Terengganu, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada IMedikel atas kolaborasi ini yang membantu menjayakan program pada tahun ini,”katanya.

Hari Potensi KEMAS menjadi platform mencungkil bakat kanak-kanak sejak peringkat awal selain memperkasakan keyakinan diri serta kemahiran mereka dalam pelbagai bidang.


IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here