
LONDON: Kediaman Jack Grealish dipecah masuk ketika Manchester City bermain di gelanggang lawan di Everton awal minggu ini tetapi tiada seorang pun ahli keluarganya mengalami kecederaan, kata jurulatihnya Pep Guardiola malam tadi.
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Media Britain melaporkan kediaman Grealish di Cheshire menjadi sasaran pencuri Rabu lalu ketika tunang dan keluarganya berada di rumah.
Laporan menyebut barang kemas dan jam tangan bernilai lebih £1 juta (RM5.85 juta) dicuri.
“Mujurlah tiada apa yang berlaku ketika keluarganya berada di dalam rumah,” kata Guardiola kepada wartawan.
“Inilah apa yang berlaku hari ini pada zaman moden, dengan banyak perkara terjadi. Ia saat teruk buatnya dan keluarga, mujurlah tiada kejadian tidak diingini berlaku terhadap keluarganya.”
City mengikat Grealish pada tahun 2021 dari Aston Villa dengan rekod Liga Perdana Inggeris ketika itu £100 juta (RM585 juta).
Dia dijangka beraksi di laman sendiri menentang kelab tangga tercorot Sheffield United malam ini. – REUTERS-BH ONLINE-
Imedikel TV





