Home Buletin Semasa PM LULUS RM50 JUTA PERUNTUKAN AWAL UNTUK MANGSA BANJIR DI KELANTAN

PM LULUS RM50 JUTA PERUNTUKAN AWAL UNTUK MANGSA BANJIR DI KELANTAN

Athirah Azman@ I Medikel TV

PASIR MAS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan awal sebanyak RM50 juta untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.

Katanya, menerusi bantuan itu, setiap keluarga daripada mangsa banjir bakal menerima RM1 ribu.

“Peruntukan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu akan disalurkan terus kepada mangsa yang terjejas.

“Bagi kerosakan dan kerugian akibat yang berlaku, ada juga bantuan tambahan lain akan disalurkan setelah dikenalpasti oleh pegawai yang bertugas,” katanya ketika sidang media selepas melawat ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Anwar berkata ada juga keluarga yang sudah tiga kali berulang ke PPS akibat menghadapi masalah banjir serta kerosakan yang berat terpaksa ditanggung.

“Inshaallah dengan bantuan ini kita akan bantu untuk keselesaan rakyat,” katanya.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Anwar menekankan bahawa semua pihak perlu meredakan tekanan yang dialami oleh seluruh mangsa banjir.

“Saya turut berterima kasih kepada semua pihak termasuk jentera Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang membantu mangsa banjir yang terjejas,” katanya.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here