CINCINNATI: Coco Gauff merangkul gelaran terbesar dalam kariernya selepas mengalahkan Karolina Muchova 6-3, 6-4 untuk memenangi Terbuka Cincinnati.
Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, pemain Amerika Syarikat (AS) berusia 19 tahun itu bergegas memeluk ahli pasukannya selepas memperoleh gelaran tahap 1000 pertamanya mengatasi naib juara Terbuka Perancis, Karolina dalam masa kurang dari dua jam.
Servis yang dilakukan Coco untuk meraih kemenangan straight set berjaya dipatahkan, tetapi dua permainan kemudian dia mengangkat tangan kegembiraan selepas mencuba buat kali keempat menamatkan saingan.
“Ini sukar dipercayai,” kata Gauff, yang menjadi pemenang termuda gelaran WTA Cincinnati dan remaja pertama memenangi lima gelaran kerjaya sejak Caroline Wozniacki pada 2008-09.
“Ia sukar dipercayai,” kata Coco yang menjadi pemenang termuda gelaran Cincinnati dan pemain remaja pertama memenangi lima gelaran sejak Caroline Wozniacki pada 2008-09.
“Selepas aksi di Eropah hampir setiap malam saya menangis dan cuba memikirkan semuanya tetapi kali ini memang hebat,” kata Cco yang tersingkir di pusingan pertama di Wimbledon.
Coco berkata dia tiba gelanggang permukaan keras di AS dengan menyedari banyak perlu dilakukannya untuk menambah baik. – AFP, HMetro Online –
Imedikel TV






