Home Buletin Semasa KEGIATAN SELUDUP LEMBU TUMPAS

KEGIATAN SELUDUP LEMBU TUMPAS

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Kegiatan penyeludupan lembu dari negara jiran tumpas apabila dikesan Pasukan Gerakan Am (PGA) semasa menjalankan operasi Op Taring Wawasan di Jalan Kebakat, di sini, pada Ahad.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, dalam kenyataan hari ini memaklumkan, operasi tersebut dijalankan sepasukan Batalion 9 PGA selepas mereka mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan sekitar jam 5 petang.

“Hasil pemeriksaan, pasukan PGA menemui dua ekor lembu yang disembunyikan di bahagian belakang kenderaan terbabit, dipercayai diseludup masuk dari Thailand.

“Turut ditahan dalam operasi itu adalah seorang lelaki berusia 60 tahun yang dipercayai penghantar lembu-lembu tersebut ke pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, lelaki tersebut gagal menunjukkan sebarang dokumen sah berkaitan pemindahan lembu.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan, termasuk kenderaan, berjumlah RM66,000,” katanya.

Jelasnya, lembu yang diseludup telah diserahkan kepada Jabatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here