Home Buletin Semasa KEDUTAAN MALAYSIA DI DOHA NASIHAT RAKYAT MALAYSIA PEKA PERKEMBANGAN SEMASA

KEDUTAAN MALAYSIA DI DOHA NASIHAT RAKYAT MALAYSIA PEKA PERKEMBANGAN SEMASA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar menasihatkan semua rakyat Malaysia yang berada di negara itu supaya sentiasa peka terhadap perkembangan semasa di sekeliling mereka susulan tindakan terbaharu Amerika Syarikat terhadap Iran.

Menerusi notis kepada rakyat Malaysia di Qatar, kedutaan turut meminta mereka mengambil perhatian terhadap sebarang notis atau arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa Qatar sekiranya ada.

Rakyat Malaysia yang akan melakukan perjalanan dari atau melalui Qatar juga dinasihatkan supaya menyemak jadual penerbangan terkini bagi memastikan kelancaran perjalanan.

Bagi mereka yang memerlukan bantuan lanjut, Kedutaan Besar Malaysia di Doha boleh dihubungi menerusi talian +974 3374 6733 atau +974 4483 6463, atau e-mel mwdoha@kln.gov.my.

Kedutaan turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya bersama-sama mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan diri masing-masing.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here