Home Sukan KEDAH BAKAL BUKA ‘BUKU BAHARU’

KEDAH BAKAL BUKA ‘BUKU BAHARU’

323
0

KUALA LUMPUR: Selepas gagal mendapatkan lesen untuk beraksi di pentas Liga Super musim depan, Kelab Bolasepak Kedah Darul Aman (KDA FC) membuka lembaran baharu apabila ketika ini dalam proses untuk menyertai Liga A1 Semi-Pro.

Memetik laporan Berita Harian KDA FC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mereka akan mempersiapkan pasukan untuk liga separuh profesional itu bagi musim 2025-2026.

Ia sebahagian daripada komitmen berterusan kelab untuk memastikan kelangsungan dan daya saing Sang Kenari dalam arena bola sepak negara.

Sehubungan itu, pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar akan mengadakan pertemuan bersama bekas pemain, barisan kejurulatihan dan kakitangan kelab dalam masa terdekat.

Kelab itu menjelaskan, pertemuan berkenaan bertujuan mencari solusi dan penyelesaian kepada isu tunggakan gaji secara teratur dan adil, demi menjaga kebajikan serta profesionalisme semua yang terbabit.

“Dalam usaha membawa kelab ke tahap yang lebih baik, pihak KDA FC turut memulakan proses penstrukturan semula pengurusan kelab. Pelantikan barisan pengurusan baharu bukan sahaja akan menumpukan kepada penyelesaian isu tertunggak, malah merangkumi perancangan strategik jangka pendek dan panjang.

“Fokus utama adalah untuk memastikan kestabilan struktur pengurusan, komersial dan kewangan kelab, seiring dengan usaha memperkukuhkan prestasi pasukan di atas padang.

“KDA FC komited untuk membuka lembaran baharu yang lebih tersusun, telus dan mampan dalam segala aspek operasi kelab. Pihak pengurusan ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh penyokong, pemain, kakitangan serta rakan penaja yang terus memberi kepercayaan kepada kelab dalam fasa pemulihan ini,” kata KDA FC.

Sebelum ini, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan KDA FC dan Perak FC sebagai dua pasukan yang gagal mendapatkan lesen kebangsaan, sekali gus tidak boleh beraksi dalam Liga Super musim depan. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here