Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Ramai wanita menghidap epilepsi berdepan dilema besar apabila disahkan hamil.
Epilepsi maksud ialah gangguan pada sistem saraf pusat yang menyebabkan otak mengeluarkan aktiviti elektrik yang tidak normal, lalu mencetuskan sawan.
Dalam tempoh kehamilan, risiko serangan sawan terhadap ibu dan bayi dalam kandungan boleh menjadi lebih tinggi jika tidak dirawat dengan baik.
Sawan semasa hamil bukan sahaja berisiko kepada ibu, tetapi juga kepada janin.
Apabila sawan berlaku, ia boleh menyebabkan bekalan oksigen kepada bayi terganggu.
Dalam kes lebih serius, ia boleh mengakibatkan keguguran, kelahiran pramatang atau komplikasi kelahiran.
Jika sawan berlaku ketika memandu, di tempat tinggi atau semasa melakukan aktiviti harian, ia boleh menyebabkan kecederaan fizikal yang lebih membahayakan kedua-dua nyawa.
Oleh itu, memahami punca epilepsi dan bagaimana ia boleh dikawal sangat penting untuk wanita hamil.
Wanita epilepsi hamil perlu menjalani pemantauan berkala, bukan hanya oleh doktor pakar kandungan, tetapi juga pakar neurologi.
Pemantauan ini penting untuk:
- Menilai kawalan sawan semasa kehamilan
- Menyesuaikan ubat atau dos yang sesuai
- Memastikan paras ubat kekal stabil dalam darah
- Mengesan awal kesan sampingan terhadap kandungan
Ujian darah berkala dan pemeriksaan ke atas bayi (seperti imbasan) juga boleh membantu memastikan kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan selamat.
Walaupun sudah lama tidak mengalami sawan, tanda-tanda epilepsi boleh kembali semasa kehamilan akibat perubahan hormon, gangguan tidur atau tekanan.
Antara tanda yang perlu diperhatikan:
- Rasa berdebar atau berpeluh tanpa sebab
- Gangguan visual atau rasa ‘berputar’ secara tiba-tiba
- Kekejangan otot datang sekejap
- Hilang kesedaran untuk beberapa saat
Ibu yang mula menunjukkan tanda-tanda ini harus segera mendapatkan nasihat doktor.
Wanita yang menghidap epilepsi masih boleh menjalani kehamilan yang normal dan selamat asalkan mereka mendapatkan rawatan serta pemantauan yang rapi.
Bagaimanapun, epilepsi maksudnya bukan penamat kepada impian untuk menjadi ibu.
IMedikel TV






