Home Segmen Kesihatan KECEDERAAN GIGI SUSU

KECEDERAAN GIGI SUSU

251
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Kecederaan gigi susu kerap berlaku kepada kanak-kanak yang baru berjalan, memanjat dan berlari.

Bukan itu sahaja, kecedraan itu juga boleh berlaku sekiranya terjatuh dari basikal.

Terdapat beberapa kecederaan yang berlaku kepada gigi susu termasuklah:

Konkusi

  • Ada impak pada gigi, tetapi tiada perubahan ketara pada gigi tersebut
  • Rawatan segera tidak diperlukan.  Akan tetapi gigi perlu diperiksa secara berkala oleh doktor gigi.
  • Adakalanya gigi tercedera ini boleh berubah warna (warna kelabu atau kekuningan). Ini biasanya tidak menjadi masalah. Akan tetapi jikalau kanak- kanak tersebut juga mengalami kesakitan atau bengkak pada gusi, maka perlulah berjumpa dengan doktor gigi.

Subluksasi

  • Impak pada gigi menyebabkannya goyah dan gusi berdarah tetapi gigi masih pada kedudukan asal

Luksasi

  • Gigi sudah terganjak akibat impak

Avulsi

  • Gigi sudah tercabut keluar dari soket (gusi) akibat impak

    Patah kepala gigi

    • Bahagian korona gigi patah. Jika patah sehingga ternampak bahagian pulpa gigi, anda perlu berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan segera.

    Patah akar gigi

    • Akar gigi (di bawah paras gusi) sudah patah. Gigi mungkin goyah dan gusi berdarah

    Kecederaan kegigian susu boleh mengakibatkan kecederaan kepada struktur gigi kekal yang sedang berkembang berdekatan dengan akar gigi susu.

    Oleh yang demikian, ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor gigi  jika kanak-  kanak mengalami kecederaan gigi dan jika ada kelewatan dalam perkembangan gigi kekal.

    Gigi yang Longgar atau Tergerak (Subluksasi dan Luksasi)

    Rawatan yang diberi berdasarkan kepada kecederaan tersebut. Jika gigi susu terlalu goyang, ia perlu dicabut. Jika tergerak sedikit, tetapi tidak menganggu fungsi, ia boleh diperhatikan dahulu dan dicabut hanya jika mempunyai gejala.

    Avulsi

    Gigi susu yang teravuls (tercabut keluar dari soketnya) tidak perlu diletakkan semula ke dalam soket. Gigi yang tercabut keluar perlu dicari. Jikalau gigi tercabut itu tidak dijumpai,

    kanak-kanak tersebut akan perlu diperiksa  untuk memastikan jika ada kemungkinan gigi itu tertelan atau termasuk ke dalam saluran pernafasan

    Gigi patah

    Rawatan yang diberi berdasarkan bahagian mana gigi tersebut  yang patah. Jika ianya melibatkan bahagian pulpa (saraf) gigi, cabutan mungkin lebih sesuai. Sekiranya kanak-kanak tersebut boleh memberi kerjasama, maka rawatan akar pada gigi susu tersebut boleh juga dijalankan. Doktor gigi anda dapat memberi nasihat selepas pemeriksaan jikalau gigi tersebut boleh ditampal.

    Imedikel TV

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here