Home Segmen Kesihatan KEBAIKAN BERJALAN ATAS BATU REFLEKSOLOGI

KEBAIKAN BERJALAN ATAS BATU REFLEKSOLOGI

1136
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Ramai yang sudah mengalami tepu dengan tekanan kerja tanpa sedar kerana bekerja bagaikan tiada noktah.

Setiap hari asyik berfikir mencari idea baharu untuk membuat kerja sehingga otak tidak sempat ‘bernafas’.

Walaupun bekerja dari rumah, ramai yang mengalami letih melampau, sakit otot dan tidak cukup rehat.

Sedar atau tidak, tekanan berpanjangan bukan sahaja menjejaskan produktiviti, malah memberi kesan buruk kepada kesihatan jangka panjang.

Namun tahukah anda terdapat cara semula jadi yang boleh membantu menenangkan saraf dan melepaskan stress seseorang individu seperti berjalan di atas batu refleksologi.

Batu refleksologi ialah susunan batu-batu kecil (biasanya batu sungai) yang digunakan untuk merangsang titik-titik refleksi di tapak kaki.

Dengan hanya berjalan perlahan-lahan tanpa memakai alas kaki, tubuh akan mendapat rangsangan semula jadi.

Kebaikan kepada golongan bekerja dan stress:

1. Melegakan tekanan dan keresahan

Tekanan kerja menyebabkan otak sentiasa dalam mod “terjaga”, rangsangan refleksi membantu tubuh kembali tenang, seakan menekan butang “reset”.

2. Melancarkan peredaran darah

Duduk lama di pejabat boleh menyebabkan peredaran darah menjadi perlahan, batu refleksologi membantu mengaktifkan semula peredaran darah.

3. Tidur lebih lena

Selepas terapi refleksi, hormon relaksasi meningkat dan tidur menjadi lebih berkualiti.

4. Menyegarkan tenaga dan fokus

Berjalan di atas batu refleksologi boleh memberi kesan seperti “mini recharge” pada tengah hari yang meletihkan.

Dalam pada itu, ramai yang meletakkan batu tersebut di bahagian lama rumah untuk dijadikan tempat rehat dan rawat diri selepas seharian bekerja.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here