Home Sukan JDT ‘JUARA’ KEHADIRAN PENYOKONG

JDT ‘JUARA’ KEHADIRAN PENYOKONG

215
0

KUALA LUMPUR: Wakil tunggal negara di Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Johor Darul Ta’zim (JDT) ‘menang’ menerusi purata kehadiran penyokong apabila mencatat purata kehadiran tertinggi dalam saingan elit Asia itu musim ini.

Memetik laporan menerusi Berita Harian, skuad bimbingan Hector Bidoglio itu mencatatkan purata kehadiran 32,975 penyokong dalam liga perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Purata kehadiran itu mengatasi catatan beberapa gergasi Asia seperti Persepolis (27,078), Esteghlal FC (23,682) dan Shanghai Shenhua (23,529).

Malah, Al-Nassr yang dibarisi bintang terkemuka dunia seperti Cristiano Ronaldo dan Sadio Mane sekadar mencatat purata kehadiran penyokong sebanyak 17,387, begitu juga dengan Al-Hilal yang dibarisi Joao Cancelo dan Aleksandar Mitrovic dengan 18,270.

Secara keseluruhan, JDT berjaya menarik 166,543 penyokong ke ‘Home of the Southern Tigers’ untuk menyaksikan perlawanan bola sepak elit Asia.

Perlawanan Pusingan 16 Terbaik menentang Buriram United mencatatkan kehadiran yang tertinggi di laman sendiri dengan 34,644 penyokong di stadium.

Perlawanan menentang Pohang Steelers pula menduduki tempat kedua dalam kehadiran sepanjang masa dengan kehadiran 34,590 penyokong.

Sebagai rekod, JDT berjaya menamatkan saingan peringkat kumpulan Zon Timur di kedudukan ketiga daripada 12 pasukan selepas meraih 14 mata hasil empat kemenangan dan dua keputusan seri.

Kejayaan itu menyaksikan mereka melangkah ke pusingan 16 terbaik namun hasrat mereka untuk mencipta sejarah mara ke suku akhir ACLE buat kali pertama tidak kesampaian selepas tewas 0-1 secara agregat di tangan Buriram United. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here