Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Polis menahan seorang lelaki tempatan bersama dua biji Yaba yang ditemui di dalam kunci kenderaan di Kampung Lubok Gong, di sini pada 7 petang, Khamis lepas.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam satu kenyataan, berkata pada awalnya suspek berumur 26 tahun itu cuba melarikan diri setelah menyedari kehadiran polis.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua biji pil Yaba ditemukan dalam kunci kenderaan.
“Setelah menjalani saringan air kencing, suspek didapati positif dadah jenis methampitamine,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, suspek turut disaman atas kesalahan memandu tanpa lesen yang sah dengan cukai jalan kenderaan yang telah tamat tempoh.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Katanya, suspek dan barangan rampasan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk disiasat.
IMedikel TV






