Home Sukan KBS YAKIN FAM ADA JALAN PENYELESAIAN

KBS YAKIN FAM ADA JALAN PENYELESAIAN

133
0

KOTA BHARU: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyuarakan kebimbangan berhubung isu tunggakan gaji pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) namun yakin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menyelesaikannya dengan baik.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, dalam masa yang sama kementeriannya akan tetap memberikan sokongan terhadap pembangunan sukan bola sepak tempatan.

“Dari masa ke semasa memang kita buat perbincangan dengan FAM. Kita sentiasa berkomunikasi dan mengambil tahu sedikit sebanyak berkenaan permasalahan yang berlaku dalam arena bola sepak Malaysia.

“Kita juga mempunyai kebimbangan tapi serahkan kepada FAM untuk selesaikan dan dalam masa yang sama kerajaan akan tetap memberikan sokongan terhadap pembangunan sukan bola sepak tempatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here