Home Buletin Semasa KAYU POKOK NANGKA DIBUAT PAPAN POTONG DAGING

KAYU POKOK NANGKA DIBUAT PAPAN POTONG DAGING

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: Kayu pokok nangka mempunyai ketahanan yang kuat dan boleh bertahan hingga puluhan tahun.

Justeru, penduduk di Kampung Seneng, Jelawat, memanfaatkan kayu nangka yang ditebang untuk membuat peralatan seperti hulu golok dan keris, papan pemotong daging dan lain-lain.

Seorang penduduk, Azman Min, 56, berkata dia mengambil kayu nangka sebaik sahaja pokok nangka ditebang untuk membuat papan pemotong daging bagi kegunaan hariannya.

“Saya diminta untuk menebang sebatang pokok nangka di sekitar kampung ini, jadi saya memotong kayu tersebut pada saiz yang kecil agar penduduk boleh mengambilnya untuk menghasilkan peralatan yang diinginkan.

“Kebetulan, saya sedang mencari papan potong untuk menghiris daging lembu, jadi saya memanfaatkan kayu tersebut untuk menghasilkan beberapa papan pemotong,” katanya ketika ditemui pemberita, di Kampung Seneng, di sini, semalam.

Jelas Azman, dia menghasilkan papan pemotong itu dalam pelbagai saiz dan kuantiti.

Katanya, dia mengambil masa 20 minit untuk membuang bahagian tepi kayu bagi melicinkan keseluruhan papan itu agar bentuknya lebih cantik dan bersih sebelum digunakan untuk memotong daging.

“Papan pemotong ini kalau dibeli di kedai, mungkin harganya agak tinggi kerana banyak permintaan terutamanya musim ibadah korban atau musim kenduri kerana ramai ingin menggunakannya.

“Selain pokok nangka, kita juga boleh menggunakan pokok cempedak, dan pokok getah,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here