Home Luar Negara KAPAL ANGKASA NASA SEDIA HAMPIRI MATAHARI

KAPAL ANGKASA NASA SEDIA HAMPIRI MATAHARI

145
0

WASHINGTON: Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) bersedia menghampiri matahari dengan jarak dekat pada malam Krismas ini.

Menurut saintis program Parker Solar Probe, Dr Arik Posner dalam satu kenyataan menjelaskan jarak terdekat itu adalah 6.2 juta kilometer (km) dari permukaan matahari.

“Ini adalah salah satu contoh misi berani Nasa, melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain sebelum ini untuk menjawab soalan lama mengenai alam semesta kita.

“Kami tidak sabar untuk menerima kemas kini status pertama daripada kapal angkasa dan mula menerima data sains dalam beberapa minggu akan datang,” katanya.

Dilancarkan pada Ogos 2018, kapal angkasa itu dalam misi tujuh tahun untuk memperdalam pemahaman saintifik mengenai matahari dan membantu meramalkan cuaca angkasa yang boleh menjejaskan kehidupan di bumi.

Ketika jarak paling dekat dikenali sebagai perihelion menjadikan pasukan misi terputus hubungan langsung dengan Parker, bergantung pada ‘beacon tone’ pada 27 Disember untuk mengesahkan status kapal angkasa.

Menurut Pengurus Operasi Misi Parker Solar Probe, Nick Pinkine, di Makmal Fizik Gunaan (APL) Johns Hopkins di Laurel, Maryland, kapal angkasa tersebut mengembalikan data dari wilayah yang belum dipetakan kerana tiada objek buatan manusia melepasi sedekat itu dengan matahari. – AFP, HMetro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here