Home Sukan KANE SEHEBAT MESSI, RONALDO – SHEARER

KANE SEHEBAT MESSI, RONALDO – SHEARER

13
0

LONDON: Memetik laporan AGENSI menerusi Berita Harian legenda Newcastle United, Alan Shearer percaya ketajaman Harry Kane bersama Bayern Munich meletakkannya sebaris dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo daripada segi konsistensi jaringan.

Shearer berkata penyerang England itu berpotensi mencecah lebih 60 gol musim ini jika terus mengekalkan prestasi semasa.

Kane sudah melepasi 50 gol dalam semua kejohanan dan masih mempunyai beberapa perlawanan berbaki termasuk separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Menurut Shearer, jumlah jaringan tinggi itu mencerminkan perubahan standard penyerang moden yang kini jauh mengatasi generasi terdahulu.

“Menjaringkan 50 gol dalam satu musim suatu ketika dahulu sesuatu yang luar biasa. Ketika saya bermula pada era 1980-an, 20 gol sudah dianggap pencapaian hebat,” kata Shearer.

Beliau turut mengimbas pencapaian Clive Allen yang pernah menjaringkan 49 gol bersama Tottenham Hotspur sebagai sesuatu yang luar biasa pada zamannya.

Kane, yang menyertai Bayern dari Tottenham pada tahun 2023, terus mengekalkan prestasi cemerlang dengan gabungan jaringan domestik dan Eropah, sekali gus membantu kelab Jerman itu kekal bersaing merebut kejuaraan.

Shearer menambah Kane masih berpeluang menambah jumlah gol, terutama dalam baki aksi Bundesliga dan saingan Eropah.

“Saya tidak terkejut jika dia melepasi 60 gol. Dia pemain hebat dan sangat dihormati dalam dunia bola sepak,” katanya. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here