Home Buletin Semasa AGIHAN ZAKAT MAIK MENINGKAT 25 PERATUS, RM337.35 JUTA DISALURKAN TAHUN LALU

AGIHAN ZAKAT MAIK MENINGKAT 25 PERATUS, RM337.35 JUTA DISALURKAN TAHUN LALU

65
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) merekodkan peningkatan sebanyak 25 peratus dalam agihan zakat bagi tahun 2025 berbanding tahun sebelumnya.

Agihan wang zakat pada tahun 2025 adalah sebanyak RM337.35 juta berbanding RM269.52 juta pada tahun 2024.

Yang Dipertua MAIK, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, segmen terbesar dalam program agihan zakat MAIK 2025 adalah bagi asnaf fisabilillah.

Menurut beliau, sebanyak RM162.3 juta dana dibelanjakan untuk golongan asnaf fisabilillah bagi sektor pendidikan, diikuti pecahan kedua terbesar iaitu agihan kepada asnaf fakir dan miskin dengan jumlah RM117.45 juta dari Januari hingga Disember tahun lalu.

“Bagi asnaf fisabilillah, sektor pendidikan merupakan pecahan terbesar berjumlah RM34.4 juta dan diagihkan menerusi sembilan program sumbangan termasuk Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK sebanyak RM15.94 juta.

“Ia telah dimanfaatkan oleh kira-kira 6,161 mahasiswa dalam dan luar negara bergantung kepada peringkat pengajian dan keputusan peperiksaan semasa.

“Selain itu, sumbangan secara one-off kepada pelajar asnaf yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) adalah sebanyak RM10.61 juta,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Tengku Mohamad Rizam turut melancarkan Sistem e-Amil MAIK, iaitu platform digital yang membolehkan amil merekod, mengurus dan membuat pindahan kutipan zakat dengan lebih efisien.

Menurutnya, bantuan tetap bulanan kepada asnaf fakir miskin berjumlah RM34.75 juta dengan keutamaan diberikan kepada golongan berumur 60 tahun ke atas.

“Sekiranya pemohon juga menghidap penyakit kronik dan tidak mampu bekerja, skim bantuan akan disalurkan pada kadar RM200 hingga RM1,000 sebulan.

“Bagi bantuan am pula, sebanyak RM26.92 juta diberikan secara sekali beri dalam tempoh setahun dengan kadar bantuan antara RM500 hingga RM3,000.

“Dalam aspek perumahan pula, MAIK membelanjakan RM15 juta bagi membina rumah baharu untuk 215 keluarga asnaf,” katanya.

Tambah beliau, MAIK turut memberi bantuan pemulihan kepada 685 rumah uzur dengan peruntukan sebanyak RM13.3 juta.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here