Home Buletin Semasa PERUNTUKAN RM20 JUTA BASMI KEMISKINAN DI KELANTAN – PM

PERUNTUKAN RM20 JUTA BASMI KEMISKINAN DI KELANTAN – PM

36
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi program pembasmian kemiskinan di Kelantan.

Beliau berkata, walaupun masalah kemiskinan tegar di Kelantan sudah selesai, tetapi masalah kemiskinan masih ramai.

“Jadi saya sudah berbincang saya akan bagi peruntukan tambahan khas di Kelantan ini untuk membasmi kemiskinan di Kelantan.

“Saya akan luluskan RM20 juta khas untuk rakyat di negeri ini,” katanya ketika berucap di Masjid Mukim Gong Chapa Temila, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Anwar berkata Masjid Gong Chapa kini sudah memasuki Fasa 2 pelaksanaan yang melibatkan pembinaan dewan serbaguna serta kerja-kerja landskap.

Masjid tersebut telah menerima peruntukan berjumlah RM4 juta pada April tahun lalu.

Menurutnya, Fasa 1 sudah siap pada 31 Mac lepas, merangkumi ruang solat utama, tandas, stor, bilik jenazah dan rumah imam yang membolehkan penduduk sekitar menikmati kemudahan ibadah yang bukan sahaja lebih lengkap malah jauh lebih selesa.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here