Home Hiburan AKSI BERANI ARDELL ARYANA DIPUJI NETIZEN

AKSI BERANI ARDELL ARYANA DIPUJI NETIZEN

33
0

KUALA LUMPUR: Pelakon yang juga aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana, 36, sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila dia dilihat memanjat tiang untuk memasang atau membetulkan bendera di atas kapal.

Perkara itu dikongsikan Ardell menerusi sebuah hantaran video di media sosialnya, semalam.

“Satu anak panah mudah dipatahkan, tetapi tidak sepuluh yang diikat bersama,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Aksi berani isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa ini turut mendapat pujian daripada orang ramai yang kagum dengan semangat kentalnya.

Rata-rata netizen menyifatkan Ardell sebagai ‘wanita besi’ kerana sanggup mengetepikan rasa gayat dan bahaya demi memastikan mesej keamanan terus diperjuangkan.

“{MasyaAllah. Semangat Ardell. Saya sangat bangga dengan awak. Terus sumud!” tulis netizen.

“Semangat Ardell mewakili kaum wanita di Malaysia, badan sahaja kecil tapi jiwanya besar. Berani dan sentiasa bersemangat,” tulis warga maya.

“Meremang tengok. Hebatnya Ardell masyaAllah! Moga Allah lindungi kalian semua,” tulis warga net.

Terdahulu, Ardell dilapor berlepas ke Barcelona, Sepanyol pada 5 April lalu bagi menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 ke Gaza.

Beliau kembali menyertai misi itu bersama penyanyi Datin Seri Heliza Helmi dan adiknya Hazwani serta beberapa aktivis lain. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here