Home Segmen Kesihatan BAHAYA KANDUNGAN LUAR RAHIM

BAHAYA KANDUNGAN LUAR RAHIM

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Mengimpikan cahaya mata adalah impian ramai ibu bapa. Kehadiran si comel itu adalah antara pengikat kasih sayang antara ibu dan ayah.

Namun, malangnya ada ibu yang melalui fasa yang agak perit apabila disahkan mengandung, tetapi kandungan luar rahim.

Artikel kali ini akan berkongsi dengan anda tentang implikasi mengandung di luar rahim.

Sebelum itu, jom kita kongsikan, apa itu kandungan luar rahim?

Kandungan luar rahim, atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai kehamilan ektopik, berlaku apabila embrio yang disenyawakan tidak tertanam di dalam rahim seperti biasa. Sebaliknya, ia tertanam di lokasi lain, seperti:

1. Tiub falopio (paling biasa, sekitar 90% kes).
2. Ovari.
3. Rongga perut.
4. Serviks.

Antara punca kandungan luar rahim adalah:
– Keradangan atau kerosakan pada tiub falopio.
– Faktor risiko seperti sejarah kehamilan ektopik, jangkitan pelvis, atau prosedur perubatan tertentu.

Bagi mereka yang ingin mengenal pasti apa gejala pada kandungan anda adalah melalui:
– Sakit perut tajam atau kekejangan (biasanya di sebelah badan).
– Pendarahan vagina luar biasa.
– Pening atau pengsan (jika berlaku pecah dan pendarahan dalaman).

Adakah kandungan luar rahim berisiko? Jawapannya ye. Kehamilan ektopik tidak boleh diteruskan hingga cukup bulan kerana ia boleh mengancam nyawa ibu jika tiub pecah dan menyebabkan pendarahan dalaman.

Jika anda mengalami tanda-tanda ini, segera dapatkan rawatan perubatan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here