Home Buletin Semasa KANAK-KANAK LELAKI 8 TAHUN DITEMUKAN LEMAS

KANAK-KANAK LELAKI 8 TAHUN DITEMUKAN LEMAS

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

BACHOK: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis, belakang Villa Danialla Beach Resort, di sini, 7.30 malam semalam.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II KUP Yusri Mat Ghani, dalam satu kenyataan berkata, mangsa dikenali Ahmad Ammar Rafaeil Ahmad Ridtauden dipercayai sedang mandi di pantai tersebut bersama tiga rakan yang lain sebelum dihanyutkan ombak dan arus deras.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada Sistem Mers 999. Seramai lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari serta menyelamat.

“Tiga rakannya berjaya menyelamatkan diri.  Kira-kira jam 6.44 petang, pencarian diteruskan dengan bantuan daripada unit pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pengkalan Kubor, Tumpat,”katanya dalam kenyataan.

Menurutnya mayat mangsa dijumpai pada jarak 1 kilometer dari tempat mangsa lemas.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here