Home Luar Negara KANAK-KANAK GAZA PULANG SELEPAS RAWATAN DI JORDAN

KANAK-KANAK GAZA PULANG SELEPAS RAWATAN DI JORDAN

139
0

BAITULMAQDIS: Sekumpulan kanak-kanak Palestin pulang ke Gaza selepas mendapatkan rawatan perubatan di hospital Jordan.

Arab News melaporkan, pesakit itu termasuk 10 kanak-kanak dan 18 ahli keluarga mereka, menyeberangi Jambatan Raja Hussein di sempadan antara Jordan dan Tebing Barat pada Rabu, lapor agensi berita Jordan.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, pihak berkuasa berkata, kumpulan itu kembali ke Gaza selepas mendapatkan rawatan selari dengan komitmen Jordan untuk menyokong rakyat Palestin dan pencegahan perpindahan dari tanah air mereka.

Jordan melaksanakan pemindahan perubatan dari Gaza sejak Mac tahun lalu dengan 635 kanak-kanak dan 1,598 penjaga dibawa ke hospital di Jordan.

Terdahulu, seramai 17 kanak-kanak Palestin dan keluarga mereka menyeberangi Jambatan Raja Hussein pada Selasa untuk perjalanan pulang ke Gaza selepas menerima rawatan perubatan di hospital di Jordan.

Ia sebahagian inisiatif koridor perubatan negara yang menyediakan bantuan perubatan segera untuk individu dari wilayah pantai itu dengan penyelarasan Angkatan Tentera Jordan, Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Kanak-kanak itu sebahagian daripada kumpulan pertama mangsa yang dibawa dari Gaza pada 4 Mac tahun lalu.

Kesemua 17 orang itu pulih sepenuhnya selepas menerima rawatan perubatan khusus, lapor Agensi Berita Jordan. Dua belas lagi masih dirawat di hospital Jordan.

Lebih 52,000 rakyat Palestin terbunuh ketika perang antara Israel dan Hamas di Gaza, yang bermula pada Oktober 2023.

Menurut laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), kira-kira 15,000 kanak-kanak terkorban ketika konflik, lebih daripada 34,000 cedera, dan hampir satu juta kehilangan tempat tinggal. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here