Home Sukan KAMI PAMER POTENSI SEBENAR – POSTECOGLOU

KAMI PAMER POTENSI SEBENAR – POSTECOGLOU

131
0

LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou, menyatakan pasukannya menunjukkan potensi sebenar selepas menundukkan Manchester City dengan kemenangan luar biasa 4-0, tetapi menegaskan bahawa konsistensi adalah kunci untuk terus mencapai tahap itu.

Spurs mempamerkan beberapa aksi cemerlang musim ini, termasuk kemenangan 3-0 ke atas Manchester United, kejayaan 4-1 menentang Aston Villa, dan menyingkirkan City daripada saingan Piala Liga.

Namun, mereka juga mengalami kekalahan mengejut, termasuk tumpas 1-2 di laman sendiri kepada Ipswich sebelum rehat aksi antarabangsa, selain tewas kepada Crystal Palace dan Brighton.

James Maddison meraikan hari lahirnya yang ke-28 dengan menjaringkan dua gol, sementara Pedro Porro dan Brennan Johnson turut mencetak sebagai penjaring.

Kekalahan itu juga adalah kali kelima berturut-turut buat City dalam semua kejohanan.

Kemenangan ini melonjakkan Spurs ke tangga keenam Liga Perdana Inggeris, hanya tiga mata di belakang Arsenal di tempat keempat.

“Ini adalah kemenangan yang besar kerana mereka (City) mempunyai rekod luar biasa di tempat sendiri,” kata Postecoglou.

“Jadi, ia bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh. Ia penting, tetapi lebih penting lagi untuk keseluruhan pasukan.

“Kami pernah mencapai standard ini sebelum ini. Kini, cabarannya adalah untuk tidak menurunkannya seperti yang berlaku dalam beberapa perlawanan tertentu.”

Maddison, yang tidak disenaraikan dalam dua perlawanan liga sebelum ini, memberikan impak besar selepas kembali ke kesebelasan utama.

Pemain tengah itu juga terlepas panggilan ke skuad England, tetapi Postecoglou berkata Maddison menggunakan masa berkenaan untuk meningkatkan tahap permainannya.

“Dia memanfaatkan masa dua minggu ini untuk kembali ke prestasi terbaiknya,” katanya. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here