Home Buletin Semasa JPJ PAHANG SITA LORI BAWA MUATAN GELUNG BESI JATUH

JPJ PAHANG SITA LORI BAWA MUATAN GELUNG BESI JATUH

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang mengambil tindakan tegas dengan menyita sebuah treler yang membawa muatan gelung besi selepas muatan berkenaan terjatuh di Jalan Pintasan Sungai Ular, dekat sini, kelmarin.

Kejadian yang turut membabitkan beberapa kenderaan lain itu dipercayai berlaku akibat kecuaian pemandu yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman, berkata pemeriksaan pihaknya mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan perakuan pemeriksaan treler telah tamat tempoh.

Menurutnya, pemandu berusia 62 tahun itu turut dikesan melakukan beberapa kesalahan termasuk tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan tiada Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL) serta membawa muatan dengan cara berbahaya sehingga menyebabkan muatan jatuh.

“Kita mengeluarkan notis saman JPJ P22 pada pemandu terbabit dan pemilik kenderaan disiasat di bawah Seksyen 57 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Kenderaan berkenaan turut disita di bawah Seksyen 80(1) akta yang sama.

“JPJ Pahang mengingatkan kepada semua pengusaha dan pemandu kenderaan perdagangan supaya memastikan kenderaan serta muatan sentiasa berada dalam keadaan selamat bagi mengelakkan risiko terhadap pengguna jalan raya lain,” katanya, di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka yang terbukti melakukan kesalahan, tindakan tegas menunggang pemandu termasuk syarikat pemilik kenderaan terbabit.

Syed Ahmad Khirulanwar berkata, sebelum ini kejadian gelung besi jatuh diatas treler jatuh diatas jalan pernah berlaku di kawasan sama. Pihaknya akan terus melakukan pemantauan dan operasi pemeriksaan secara berjadual.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here