Home Segmen Kesihatan JOM GUNAKAN TANGGA UNTUK LEBIH SIHAT

JOM GUNAKAN TANGGA UNTUK LEBIH SIHAT

392
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Segelintir orang ramai lebih memilih menggunakan lif berbanding menaiki tangga atas alasan cepat sampai ke destinasi yang dituju lebih-lebih lagi sekiranya pada aras tinggi.

Ini kerana mereka lebih mementingkan masa atau mungkin disebabkan kemudahan dan keselesaan pada sesuatu tempat.

Kaedah itu jelas tidak salah, tetapi sekiranya menggunakan tangga, tanpa disedari ia mempunyai beberapa kelebihan untuk kesihatan tubuh badan.

Apabila seseorang itu menjadikan tangga sebagai rutin harian atau pilihan utama, ia bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga menyumbang kepada gaya hidup yang lebih aktif dan Lestari.

Antara kebaikannya untuk kesihatan ialah:

1.Senaman harian: naik turun tangga membantu membakar kalori, menguatkan otot, dan meningkatkan stamina.

 2.Kesihatan jantung: aktiviti ini meningkatkan kadar degupan jantung, yang baik untuk sistem kardiovaskular.

3.Keseimbangan dan koordinasi: membantu meningkatkan keseimbangan badan dan mengurangkan risiko jatuh, terutamanya untuk orang dewasa.

4.Kekalkan jisim tulang: ia boleh merangsang pembentukan sel tulang baru dan meningkatkan kepadatan tulang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here