Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan seramai 32 warga asing di sekitar Kota Bharu, Tumpat dan Tanah Merah.
Tangkapan itu dijalankan selama dua hari bermula semalam hingga hari ini pada jam 10 pagi menerusi Ops Sapu, Jaja dan Kutip.
Pengarah JIM Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan dalam kenyataan hari ini, berkata operasi itu membabitkan 16 pegawai pelbagai pangkat daripada bahagian penguatkuasaan JIM Kelantan.
“Bertindak atas hasil risikan, kami membuat pemeriksaan terhadap warga asing di sekitar Berek 12, Kampung Bukit Tiu dan Kampung Kok Pasir.
“Tahanan paling ramai adalah 18 orang warga Bangladesh, masing-masing tiga warga Thailand dan Myanmar manakala lapan lagi warga Indonesia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohamed Yusoff berkata kesemua tahanan berumur antara 20 hingga 55 tahun.
Menurutnya, warga asing terbabit ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut keranadisyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen1963.
IMedikel TV






