Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
TUMPAT: Penyeludupan barangan runcit bernilai RM6,441 telah ditumpaskan di bulatan jam Bendang Pak Yong, Tumpat, pada 11 pagi, semalam.
Rampasan itu dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN.
Ketika bertugas, mereka menahan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang wanita berumur 19 tahun dalam keadaan mencurigakan dan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup barang runcit tersebut ke pasaran tempatan.

Setelah pemeriksaan dijalankan, mereka mendapati pelbagai kotak dan bungkusan makanan yang dipercayai diseludup dari negara jiran ditemui dalam kenderaan tersebut tanpa dokumen yang sah.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983.
Suspek dan barang rampasan tersebut diserahkan ke Komtak PGA Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV






