Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
JOHOR: Negeri Johor menjadi lokasi pembuka tirai kepada Program Jelajah Karnival Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Zon Selatan, di Puteri Harbour, pada Jumaat.
Dalam kenyataan di media sosial KPDN semalam memaklumkan, program selama tiga hari yang berlangsung dari 27 hingga 29 Jun itu adalah permulaan kepada siri jelajah di lima zon lain iaitu Zon Utara (Kedah), Zon Timur (Pahang), Zon Tengah (Selangor), Zon Sabah dan Zon Sarawak.
Program itu dirasmikan secara bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

“KBBM 2025 yang bertemakan “Jom Beli Lokal” bertujuan memperkukuh sokongan terhadap produk tempatan.
“Melalui pendekatan ini, KPDN komited untuk memperkasakan jaringan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta meningkatkan daya saing produk tempatan di pasaran terbuka, sekaligus membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan,”menurut kenyataan itu.
Hadir sama, Timbalan Menteri KPDN, Datuk Dr Fuziah Salleh, Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar, serta beberapa pegawai kanan kementerian termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri), Datuk Roziah Abudin, dan Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam.
IMedikel TV






